Saturday, May 16, 2009

Hadiah Hari Guru dr. JPNKel 2009

Sedar tak sedar rupanya sudah hampir 17 tahun aku bergelumang dalam dunia pendidikan. Telah banyak sekolah telah aku bertugas. Bermula sebagai guru kontrak di SMU(A) Rahmaniah Paloh, Bukit Panau dalam daerah Tanah Merah pada tahun 1987 sehingga 1989.

SMU(A) Rahmaniah Paloh, Tanah Merah 88-90......

bersama ustaz dan ustazah...rasoooo juurus sikit

Pada Dis 1992, setelah tamat latihan perguruanku selama 2 tahun 6 bulan di Institut Bahasa Kuala Lumpur, aku dihantar ke Sek Keb. Bukit Paloh. Iaitu sebuah sekolah yang agak pedalaman di daerah Kluang, Johor. Di sna aku bertkhidmat selama hampir 4 tahun.



Sahabat-sahabat sengoti...mungkin kami sama-sama faham erti bertugas dikawasan pedalaman..terutama sekali big brother Sharakal (baju biru bersongkok) dan Ustaz Halim (Baju hijau)


Aku kemudian memohon berpindah balik ke Kelantan dan diarah bertugas di SK Pauh Sembilan pada Dis 1995. Hampir 7 tahun aku berkhidmat di sana.


Kawan dan sahabat SKPS....biasa la tu...


Seterusnya aku mohon bertukar ke SK Keting Pada Feb 2003. Ini memandangkan sekolah ini berdekatan dengan rumahku. Jaraknya hanya 6km dan mengambil masa 5minit perjalanan menggunakan kereta.





Tiada gambar untuk dipaparkan







Pada tahun 2006 aku sekali lagi bertukar ke SK Kampong Chap atas tiket DG41. Di sini aku agak selasa kerana bilik gurunya mempunyai aircond.


Teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan....mereka banyak membantu memberi tunjuk ajar dalam memperkasakan P&P dalam kelas...terutamanya Pn.Nor Ashikin (tempat rujukan aku untuk subjek BM), Pn Eva (rujukan BI khasnya PPSMI) serta sahabat sebelah mejaku En. Zulkifli (rujukan pengalaman). Tidak lupa juga kepada Ustaz Dee, Encik Khairi, Pok Nik, Cg. Musa, Pn. Emi, Pn. Safwati, Cg Soh dan semua teman-teman bilik guru. Untuk Cg. Zulkifli, terima kasih banyak-banyak kerana selalu tidak kedekut untuk pinjamkan peralatan seperti pembaris besi...walaupun benda tu kecil tapi aku tetap ingat sebagai sumbangan. Begitu juga dengan Ustz. Deee kerana selalu kongsi....Ro........dengan ku "



....................Sehinggalah pada baru-baru ini aku dikejutkan oleh sekeping memo yang mengarahkan aku bertukar ke SK Lela Jasa Kuala Krai (rujuk lebels Memo Pertukaran).



HADIAH HARI GURU 2009



Agaknya inilah hadiah Hari Guru aku pada tahun 2009 ini..........."SELAMAT HARI GURU"

No comments:

Post a Comment