Showing posts with label Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Panduan Menghadapi Temuduga

  1. Elakkan resume yang terlalu panjang.
  2. Calon perlu menepati masa, etika pemakaian, penampilan dan kekemasan ketika temuduga.
  3. Berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang ditanya.
  4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.
  5. Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar, tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikiran secara positif.
  6. Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili seluruh syarikat @ jabatan terbabit.
  7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian kepada sikap negatif penemuduga sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.
  8. Kekalkan sikap sopan santun sepanjang sesi temuduga biar pun diasak dengan komen yang kasar.
  9. Buatlah persediaan yang rapi untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.
  10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif

Thursday, October 1, 2009

Fakta Tentang Jantung Kita

1. Jantung adalah otot ciptaan Allah yang paling kuat bekerja dalam badan.
2. Saiznya sebesar penumbuk sahaja.
3. Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain-lain anggota, jantung berkerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.

4. Ianya berdenyut ketuka fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.

5. Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabial kita mencapai usia 70 tahun.


6. Jantung berdenyut kira-kita 60 hingga 100 kali seminit atau kira-kira 100,000 kali sehari. Jantung juga mengepam lebih 1,900 gelen darah ke seluruh badan dalam jangka masa 24 jam.

7. Jantung umpama kaburator kereta, di mana tanpa kaburator, kereta tidak akan mampu bergerak.

8. denyutan jantung juga adalah diluar kawalan kita. ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.

9. Tisu khas pada jantung yang dikenali sebagai 'pacemaker' penggerak utama denyutan jantung.

10. Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.

11. Jantung mendapat bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.

12. Terdapat tiga salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai kebarangkalian tersumbat.

Disalin daripada Prof. Madya, Dr. Rashidi Ahmad, Pakar Perubatan Kecemasan HUSM

Wednesday, August 19, 2009

PETUA MEMBERI TUMPUAN DALAM KELAS

PETUA MEMBERI TUMPUAN DALAM KELAS

Kegagalan memberi tumpuan dalam menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:


1. Semak seimbas nota nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman anda atau kekeliruan itu menggangu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.


2. Baca juga bahan yang bakal diajar oleh guru nanti. Walaupun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.


3. Cuba duduk dibarisan hadapan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.


4...........


Wednesday, May 20, 2009

TIP NAK BUAT BLOG

STEP PERTAMA

Mula-mula buka blog saya. Lihat atas sebelah KANAN ada ditulis Create Blog. klik di sana. Isikan borang itu:
E-mel:..............................................................
Rtpe emel:....................ulang emel tadi..........................
Enter password:.........................................................
Reytype pasword:..............ulang pasword tadi.............................
Displayname: KUBANG DAKAN (Contoh)
Word Verification:.........isi huruf ikut spt yg dipapar....
Klik kat petak Acceptane of Terms:....
Akhir sekali KLIK kat CONTINUE (WARNA OREN)


STEP KEDUA2.

Name your blog: Maknanya tajuk blog kamu tu apa? misalnya CAMAR YANG PULANG, PELANGI SENJA, Kubang Dakan ke atau Taruk nama sendiri lagi baik (supaya senang dikesan kawan-kawan).

Blog adress: http://khairuldakan.blogspot.com
Klik kat check tu...kalau keluar warna hijau maknanya nama itu diterima,
kalau merah dengan kata sory! itu ditolak, kena tukar lain
Ok KLIK continue (warna oren) kat bawah tu...

STEP KETIGA

CHOOSE TEMPLETE, piliklah back ground yg kamu suka sekali klik kat CONTINUE OK!
Kamu sudah boleh tulis mukadimah blog ni. Jangan lupa tulis TITLE KAT ATAS, DAN LABEL KAT BAWAH.Apabila teks dah siap, warna tulisan boleh tukar warna (tgok bar yg disusun kat atas)pilihlah warna yg sesuai dgn latar belakang tadi.

Akhir sekali klik kat PUBLISH POST DAN LIHAT HASILNYA DGN KLIK VIEW BLOG.SETAKAT ITU, INI DAHULU, NANTI BAGAIMANA NAK ISI DAN EDIT ISI TEKS? SELAMAT MENCUBA!!!!!!


BAGAIMANA HENDAK MENAMBAH ISI PETIKAN?


Katakan kamu dah tutup laptop.Kamu buka balik kerana kamu nak buat esei/cerita dalam blog kamu..

Panduannya:Lihat blog kamu, bahagian PENJURU KANAN. Kat situ ada Sign In (sebelah Create Blog) klik di situ. Maka akan terpapar Username(emel) dan pasword.

Isi dan akan terpapar dashbord:newpost-utk isi teks yang baruedit
post-utk edit teks yang lepas
setting-utk seting
Layout-ni utk tambah jam ke, kalender ke, iklan ke macam2(ni nanti kemudian saya ajar
View blog-papar blog. Ingat! selepas tulis teks, pilihlah tulisan tu nak besar ke, nak kecik ke, warna apa ke.Tapi jangan lupa klik kat PUBLISH POST dan lihat hasilnya! Itulah sahaja setakat ini. Tahukah kamu syed, dua bulan penuh aku menyiapkan blog itu!! SELAMAT MENJADI BLOGGER YANG TERBAIK!!

HIAS BLOG

Tutorial mudah ini khas untuk blogger-blogger baru yang ingin menghias blog mereka. Ia tidak sesuai kepada blogger yang sudah hebat. Ya..khas untuk blogger yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia blog. Walaupun sebenarnya eksesori blog itu akan menyebabkan blog menjadi berat, tetapi ramai yang suka dengan eksesori ini termasuklah saya. Antaranya ialah ruangan Chat Coner, Jam, Kalendar, Lagu Pilihan, carta pelawat dan sebagainya.Tanpa membuang masa, setelah kalian login, maka akan terpaparlah dashboard(Papan Pemuka) Selepas itu klik pada Layout (Reka letak)...ok klik di situ...maka akan muncullah petak-petak. Lihat petak 'tambah alat' klik di sana, maka akan muncul pelbagai pilihan aksesori. Ada Gambar, Teks, Javascript, Slide show, Link dan sebagainya.HIASAN LAGUKatakan mula-mula kalian ingin memasukkan lagu. Ok....klik pada Java Script...dan biarkan.


Buka satu web lain iaitu contohnya http://fullmusik.co.cc Pilih lagu, kemudian anda Copy, kemudian pastekan di petak Javascript tadi, akhir sekali Save. Ada juga yang berminat memasukkan lagu daripada http://playlist.comHIASAN-CHAT CONERChat Coner? Klik pada mana-mana chat coner yang anda jumpa, misalnya pada chat di blog saya. Kliklah pada Shout mix itu. Createlah chat itu. Yang ini ada kerja sedikit, isi borang yang dikehendaki. Apabila sudah keluar code, Copy saja dan paste ke petak kat layout blog anda tadi(Java script tadi) dan akhir sekali save.CARTA PELAWATIni senang sedikit. Klik pada carta pelawat pada blog saya atau mana-mana blog. Pilih saja mana-mana carta pelawat yang kalian mahu. Cuma copy dan paste ke layout blog anda.

Begitulah juga jam, kalendar juga melalui proses Copy dan Paste ke blog kita. Kalau ingin memasukkan petua, pantun dan sebagainya lagi mudah. Klik pada TEKS kat layout tadi. Nak masukkan gambar klik pada Gambar.Mula-mula memang akan tersalah, tersilap. Lama-lama kalian pula boleh mengajar orang lain SELAMAT MENCUBA!!! KEPADA YANG MASIH TAK TAHU HENDAK BINA BLOG, LAYARIhttp://binablog2.blogspot.com/2007/03/bagaimana-membina-blog.htmlDan jika anda ingin belajar bagaimana menarik pengunjung ke blog anda, layari http://www.jokosusilo.com