Showing posts with label Memo. Show all posts
Showing posts with label Memo. Show all posts

Friday, May 15, 2009

Positif


Bergambar bersama Abe Nan dan Kak Ton

Semalam aku mendapat pandangan yang positif tentang pertukaranku ke Ulu Kelantan (Kuala Krai). Beliau ialah biras ku yang pernah bertugas di Kementarian Pelajaran (KPM). Jawatannya ialah Setiauasha Bahagian Sumber Manusia (05-07).

Mengikut beliau, Program JPNKel menghantar guru-guru ke ulu harus dipandangan positif. Ianya berkaitan dengan kenaikan pangkat di masa hadapan. Mengikut beliau kenaikan pangkat ke mana-mana ”post” samada di JPN, PPD atau di sekolah-sekolah akan dinilai berdasarkan ”track record” perkhidmatan di kawasan ulu. Kemungkinan perkara ini akan disyaratkan oleh JPN.
Bergambar bersama biras-biras (menantu2 Cikgu Mahmood)

Lagi pun sekarang ini KPM sedang melakukan ”Penstruktur Semula” jawatan-jawatan di mana-mana ”post”dibawahnya.Tambahan pula kebanyakan sekarang ini guru-guru disekolah rendah telah ramai mempunyai Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang berkhidmat sebagai PPPS.
Jadi pesanan beliau supaya memandang perkara pertukaran ini sebagai sesuatu yang positf, bukan suatu yang negetif. Fuhhh.....lega sikit rasanya.

Beliaulah yang menolong aku untuk pertukaran dari Johor balik ke Kelantan. TQ Abe Nan. Kete(Merc) Rulll beli dari abe nan tu mahal sangat laa, tapi semuanya okey lagi.

Monday, May 11, 2009

Memo Pertukaran


Inilah memo yang menggangu fikiranku
(klik pada memo untuk besarkan)

Pagi ini aku dikejutkan dengan satu surat berwarna kuning muda (Kuning Taik). Pagi-pagi lagi Boss (GB- Hassan Mamat) telah memanggil aku untuk mengadap beliau, dengan nada simpati beliau menghulukan aku sekeping kertas (memo pertukaran) ke SK Lela Jasa Kuala Krai. Darah separuh tua separuh muda berderau di kepala. Aku tidak dapat berkata apa-apa kecuali mengucapkan terima kasih.

Sepanjang hari ini aku asyik berfikir bagaimana keadaan SK Lela Jasa itu. Aku memberitahu rakan-rakan sejawat, mereka turut memberi berbagai komen. Ada yang mengatakan ianya dekat sahaja, ada yang mengatakan sekolah itu berada di pinggir lebuh raya Gua Musang - Kuala Krai.

Namun dalam benak ku sebenarnya terfikir tentang bagaimana akan ku uruskan anak-anak ke sekolah. Rutin harian yang biasa ku lalui pasti akan berubah dengan pertukaran ini. Aku terfikir bagaimana tugas-tugas yang biasa ku lakukan itu akan diambil alih oleh isteriku..maka akan bertambah beban yang akan dilakukan oleh beliau.

Aku segera menekan butang handfon lalu mendail kepada isteriku.. beliau terkedu tidak terkata..sehari beliau tidak makan memikirkan hari-hari yang akan dilalui.


Aku kenal tandatangan pada memo tersebut. Beliau telah banyak kali membantuku..tapi kali ini
aku segan untuk meminta bantuannya. Aku tidak menyalahkan beliau kerana beliau menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.