Saturday, May 16, 2009

SMS Ucapan Hari Guru 2009

Mak cakap cikgu macam MAGGI, makan masa susah, ayah cakap cikgu macam D'SEEKERS menakutkan. Atuk cakap cikgu macm ASTRO, macam-macam ada, tapi anak saya cakap cikgu macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga!.........dari Arifiyan


Guru...dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam diamnya ada bijaksana,
dalam tangannyakita terbina.....
Berbahagialah menjadiguru....
PROUD TO BE A TEACHER........dari isteriku


Selamat ari guru....semoga gembira selalu.......dari sir li

Guru at 20....mengancam
At 30...bermacam-macam
At 40 terancam
At 58 diancam
At 60 .....tak boleh nak cam.......dari jamaruddin


Didiklah anak murid kita sebagaimana sebagaimana kita mendidik anak-anak kita.......wan fakri

Cikgu itu meseranya pada wajah,
Cikgu itu tegasnya mencorak laku,
Cikgu itu pakarnyamenguasai ilmu,
Cikgu itu ikhlasnya hati budi,
Cikgu itu jasanya dihitung,
hari ini...
esok...
....dan selamanya......dari Hj. Wan Basri PKP.
Jika dikatakan embun pagi itu suci,
suci lagi pengorbanan yang penuh keikhlasan,
jika dikatakan pulau itu indah,
indah lagi sebuah kejayaan,
jika dirasa mutiara itu lebih bernilai,
bernilai lagi bicara seorang insan bernama GURU.....dari salpini

Hadiah Hari Guru dr. JPNKel 2009

Sedar tak sedar rupanya sudah hampir 17 tahun aku bergelumang dalam dunia pendidikan. Telah banyak sekolah telah aku bertugas. Bermula sebagai guru kontrak di SMU(A) Rahmaniah Paloh, Bukit Panau dalam daerah Tanah Merah pada tahun 1987 sehingga 1989.

SMU(A) Rahmaniah Paloh, Tanah Merah 88-90......

bersama ustaz dan ustazah...rasoooo juurus sikit

Pada Dis 1992, setelah tamat latihan perguruanku selama 2 tahun 6 bulan di Institut Bahasa Kuala Lumpur, aku dihantar ke Sek Keb. Bukit Paloh. Iaitu sebuah sekolah yang agak pedalaman di daerah Kluang, Johor. Di sna aku bertkhidmat selama hampir 4 tahun.



Sahabat-sahabat sengoti...mungkin kami sama-sama faham erti bertugas dikawasan pedalaman..terutama sekali big brother Sharakal (baju biru bersongkok) dan Ustaz Halim (Baju hijau)


Aku kemudian memohon berpindah balik ke Kelantan dan diarah bertugas di SK Pauh Sembilan pada Dis 1995. Hampir 7 tahun aku berkhidmat di sana.


Kawan dan sahabat SKPS....biasa la tu...


Seterusnya aku mohon bertukar ke SK Keting Pada Feb 2003. Ini memandangkan sekolah ini berdekatan dengan rumahku. Jaraknya hanya 6km dan mengambil masa 5minit perjalanan menggunakan kereta.





Tiada gambar untuk dipaparkan







Pada tahun 2006 aku sekali lagi bertukar ke SK Kampong Chap atas tiket DG41. Di sini aku agak selasa kerana bilik gurunya mempunyai aircond.


Teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan....mereka banyak membantu memberi tunjuk ajar dalam memperkasakan P&P dalam kelas...terutamanya Pn.Nor Ashikin (tempat rujukan aku untuk subjek BM), Pn Eva (rujukan BI khasnya PPSMI) serta sahabat sebelah mejaku En. Zulkifli (rujukan pengalaman). Tidak lupa juga kepada Ustaz Dee, Encik Khairi, Pok Nik, Cg. Musa, Pn. Emi, Pn. Safwati, Cg Soh dan semua teman-teman bilik guru. Untuk Cg. Zulkifli, terima kasih banyak-banyak kerana selalu tidak kedekut untuk pinjamkan peralatan seperti pembaris besi...walaupun benda tu kecil tapi aku tetap ingat sebagai sumbangan. Begitu juga dengan Ustz. Deee kerana selalu kongsi....Ro........dengan ku "



....................Sehinggalah pada baru-baru ini aku dikejutkan oleh sekeping memo yang mengarahkan aku bertukar ke SK Lela Jasa Kuala Krai (rujuk lebels Memo Pertukaran).



HADIAH HARI GURU 2009



Agaknya inilah hadiah Hari Guru aku pada tahun 2009 ini..........."SELAMAT HARI GURU"

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009:Guru Pembina Negara Bangsa

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

c/o
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan (2X)

Positif


Bergambar bersama Abe Nan dan Kak Ton

Semalam aku mendapat pandangan yang positif tentang pertukaranku ke Ulu Kelantan (Kuala Krai). Beliau ialah biras ku yang pernah bertugas di Kementarian Pelajaran (KPM). Jawatannya ialah Setiauasha Bahagian Sumber Manusia (05-07).

Mengikut beliau, Program JPNKel menghantar guru-guru ke ulu harus dipandangan positif. Ianya berkaitan dengan kenaikan pangkat di masa hadapan. Mengikut beliau kenaikan pangkat ke mana-mana ”post” samada di JPN, PPD atau di sekolah-sekolah akan dinilai berdasarkan ”track record” perkhidmatan di kawasan ulu. Kemungkinan perkara ini akan disyaratkan oleh JPN.
Bergambar bersama biras-biras (menantu2 Cikgu Mahmood)

Lagi pun sekarang ini KPM sedang melakukan ”Penstruktur Semula” jawatan-jawatan di mana-mana ”post”dibawahnya.Tambahan pula kebanyakan sekarang ini guru-guru disekolah rendah telah ramai mempunyai Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang berkhidmat sebagai PPPS.
Jadi pesanan beliau supaya memandang perkara pertukaran ini sebagai sesuatu yang positf, bukan suatu yang negetif. Fuhhh.....lega sikit rasanya.

Beliaulah yang menolong aku untuk pertukaran dari Johor balik ke Kelantan. TQ Abe Nan. Kete(Merc) Rulll beli dari abe nan tu mahal sangat laa, tapi semuanya okey lagi.

Thursday, May 14, 2009

SKC Anggun/segak bergaya

Segak dan anggun bergaya....tapi awas jangan "confuse"
dengan attanden pam Shell. Barisan guru2 SKKC di ketuai oleh Boss Hassan.

Tulang belakang SKKC:-" semak-semak", "come-come" blakaaa...

Mak datok!!! hensem2 dan come-come belakeee cikgu kat sini ye...bersama murid-murid target UPSR 09

Barisan sokongan sekolah bersama bos Hassan dan PK2

..."kalau tak de cke yah.(tudung putih), gaji tak jalan oooiii..."

SK Pauh Sembilan

SK Pauh Sembilan 95-02

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Tinggal SK Chap

En. Musa (Guru Cemerlang) bersama En. Zulkifli

En. Wan Abdul Aziz orang lama SKKC

Pendatang Baru SKK Chap Cikgu Che Soh

En. Aziz Ibrahim (Orang kanan Dato Ilias)

En. Nik Saripuddin guru "gata"...Opss, Guru Data Sk Chap

Alif dan geng 2C. Kiri: Amirul, Azim, Daniel, Alif dan Akid

Cikgu berdedikasi En. Zilkifli. Belakang Pok Nik Guru Data

Orang kuat JPN (bhg. Agama) Al Fadhil Ustaz Rosdi Mammat

Pn. Eva Sri Kandi SKKC, orang kuat BI.

Pn. Emi, Orang Kanan Bahasa Inggeris SKKChap

Orang Kuat Bahasa Melayu SKKChap, Pn. Norashikin

Ketua Panitia B. Inggeris SKKChap. Jangan
Terkejut apabila mendengar beliau ketawa. Pn. Safwati

Ustazah Norlaila Orang Kuat Kebajikan & Pok Kaar orang kanan Boss Hassan

Ustaz Khairi Bakal usahawan Komputer berjaya

Anak-anak didik 4Bestari