Thursday, October 1, 2009

Fakta Tentang Jantung Kita

1. Jantung adalah otot ciptaan Allah yang paling kuat bekerja dalam badan.
2. Saiznya sebesar penumbuk sahaja.
3. Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain-lain anggota, jantung berkerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.

4. Ianya berdenyut ketuka fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.

5. Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabial kita mencapai usia 70 tahun.


6. Jantung berdenyut kira-kita 60 hingga 100 kali seminit atau kira-kira 100,000 kali sehari. Jantung juga mengepam lebih 1,900 gelen darah ke seluruh badan dalam jangka masa 24 jam.

7. Jantung umpama kaburator kereta, di mana tanpa kaburator, kereta tidak akan mampu bergerak.

8. denyutan jantung juga adalah diluar kawalan kita. ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.

9. Tisu khas pada jantung yang dikenali sebagai 'pacemaker' penggerak utama denyutan jantung.

10. Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.

11. Jantung mendapat bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.

12. Terdapat tiga salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai kebarangkalian tersumbat.

Disalin daripada Prof. Madya, Dr. Rashidi Ahmad, Pakar Perubatan Kecemasan HUSM

No comments:

Post a Comment