Monday, June 22, 2009

Abah Lupa

Artikel ini disalin dari terjemahan W. Living Larned, ianya artikel yang paling terkenal di dunia.

Dengarlah, anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kau terbaring tidur. Dipipimu ada bekas cakaran kecil di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca suratkhabar dibilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersih kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barang diatas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-baramg. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi berkerja menaiki keretapi, kamu berpusing melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "Selamat jalan, Ayah!" dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!".
Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai dijalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu dihadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapanku.
Sarung kaki iru mahal dan sekiranya kamu membelinya dengan wang sendiri, kamu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!
Ingatkah kamu, waktu aku membaca dibilik bacaan kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan. Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah kau.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari kearahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi naik ke tingkat atas.
Tidak lama selepas itu, anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesaalahaan , mamaksamu - inilah hadiah kau kepadaku sebagai anak lelaki. itu bukan kerana ku tidak menyanyangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masamu. aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.
Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. hatimu yang kecil ternyata mencangkupi luas sekali, seluas cakrawala. ini ternyata ketika kamu secara sepontan bergegas berlari dan menciumku sebagaai ucapan selamat malam. Malam ini hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. aku telah berada di katilmu dalam kegealapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diri sendiri!
Ini memang suatu penyesalan yang lemah: Aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan: Beliau masih kanak-kanak, anak kecil!"
Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih disebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu dibahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak.


Sumbangan Rozali MA...(member yang sama-sama "dipindahkan"ke SK Lela Jasa)

No comments:

Post a Comment