Monday, June 29, 2009

IBKL 90/92: Minggu Suaikenal

Zaman "Glamor" IBKL
Rakan-rakan Unit E Rafie dan Asmawi
Kenangan bersaman "Nana" @ Mohd. Nor Shariff dr. Kedah
Bersama "Bayau" fr. Baling Kedah
Semasa kursus BTN di taman Templer dr kiri Dino, Kutan yang dua lagi tu tak ingat nama..sori...
Ni "Rimau" fr. Beranang @ Yahizan..kat mana le.. engako skg ni..
"Jantan-jantan macho" tkt 1o IBKL..Saad (kuning) Ali (biru), Bayau (merah) yang hijau tak tu ingat....
Bersama Yusri dr Kedah dan mat Nor Mat Zain
Pemantasan minggu bulan bahasa IBKL dr Unit E
"Artis-artis" Unit E
Kenangan bersama Pengetua IBKL Dr. Arfah
Artis-artis IBKL dr Kelab Drama IBKL
Gerai Gerko Bola sepak IBKL...En Radzi (kaca mata). Husainizam, Khasfi, Razali, Zaidi, Ikmal Hisam (kutan) dan Isa (baju batik IBKL)
Bergambar bersama senior selepas kena "regging"
Kena "regging" menyanyi lagu Negaraku....orang naikkan bendera kami kena naikkan kain kah..kah..
Mendengar taklimat dr senior untuk pertandingan bina badan
Geng Tingkat 10 IBKL
Acara baru nak mula

Gengster Tkt 10
Tempat ke 3 acara bina badan Wak Zenol
Juara Bina badan IBKL 89/92 Wak Jeman (kaca mata)

kena regging macam PATI

Monday, June 22, 2009

Abah Lupa

Artikel ini disalin dari terjemahan W. Living Larned, ianya artikel yang paling terkenal di dunia.

Dengarlah, anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kau terbaring tidur. Dipipimu ada bekas cakaran kecil di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca suratkhabar dibilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkecamuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersih kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barang diatas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-baramg. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi berkerja menaiki keretapi, kamu berpusing melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "Selamat jalan, Ayah!" dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!".
Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai dijalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu dihadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapanku.
Sarung kaki iru mahal dan sekiranya kamu membelinya dengan wang sendiri, kamu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!
Ingatkah kamu, waktu aku membaca dibilik bacaan kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan. Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah kau.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari kearahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi naik ke tingkat atas.
Tidak lama selepas itu, anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesaalahaan , mamaksamu - inilah hadiah kau kepadaku sebagai anak lelaki. itu bukan kerana ku tidak menyanyangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masamu. aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.
Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. hatimu yang kecil ternyata mencangkupi luas sekali, seluas cakrawala. ini ternyata ketika kamu secara sepontan bergegas berlari dan menciumku sebagaai ucapan selamat malam. Malam ini hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. aku telah berada di katilmu dalam kegealapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diri sendiri!
Ini memang suatu penyesalan yang lemah: Aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan: Beliau masih kanak-kanak, anak kecil!"
Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih disebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu dibahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak.


Sumbangan Rozali MA...(member yang sama-sama "dipindahkan"ke SK Lela Jasa)

Saturday, June 20, 2009

ASAT 09

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Kelantan Kali ke-8 Tahun 2009

Tarikh: 18 - 20 Jun 2009
Tempat: SMKA Tok Bachok
Anjuran: PPD Bachok
Tema: Ke Arah Asrama Terbilang
Perasmian Penutup: YABrs Tn. HJ. Ghazali b. Ab. Rahman KPPN JPNKel

Pendahuluan

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan Program induk Bahagian Sekolah KPM dalam usaha merealisasikanperanan dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memartabatkan asrama harian seluruh negara.


Matlamat

Memperkasakan program dan aktiviti serta memertabatkan asrama harian yang ada di seluruh negeri Kelantan ke arah asrama terbilang.


Objektif

1. Merealisasikan asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

2. Meningkatkan lagi semangat persaingan dan menggalakan kreativiti serta motivasi warga asrama dalam melahirkan sebuah asrama terbilang

3. Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada murid asrama yang berjaya

4. Memberi penghormatan dan peniktirafan kepada warden dan penyelia asrama cemerlang

5. Memperkasa integrasi nasional menerusi program dan aktiviti asrama.

Johan Nasyid ASAT 09..SMKA Naim Lilbanat



Penyampai hadiah kepada wakil KPPKel Pn. Hjh. Siti Meriam bt. Mohamed... sambil diperhatikan oleh Hj. Ab. Aziz b. Abdullah PPD Bachok...yang bawa dulang tu gua punya isteri

Wednesday, June 17, 2009

Kelantan FM 'd SK Lela Jasa

Hari ini SK Lela Jasa didatangi oleh Krew Kelantan FM bagi rakaman Rancangan Adikku Sayang





Monday, June 15, 2009

Sehari di SK Lela Jasa

Semalam 14/6/09 Mula bertugas di SK Lela Jasa...jeng...jejeng.....

6.00 pagi- Bertlolak dari rumah
7. 25 pagi- Sampai di Sk Lela Jasa
- Tandatangan kedatangan
7.30 pagi - Perhimpunan Pagi Ahad
- Ucapan memperkenalkan diri hari pertamaku
8.30 pagi - Tamat Perhimpunan Pagi
- sarapan pagi di kantin SKLJ... soruu jangan miss...
9.15 pagi - Jadual ganti GB untuk Tahun 4 Gemilang bagi matapelajaran Bahasa Melayu
- Rehat di bilik guru
10.45 pagi - Jadual ganti GB untuk Tahun 5G bagi matapelajaran Bahasa Melayu

1.15 t.hari - Pulang
1. 30 t. hari - Kereta ku meragam di Kg. Pehi ....rupa-rupanya tangki air "BOCOR"
2.45 petang - Lori Kren datang angkut ke Napi Motor Work di Kota Bharu. ...tambang RM300
5.00 petang - Sampai Workshop NMW Kota Bharu
5.30 petang - Isteri datang ambil di workshop.
6.00 petang - Sampai rumah


Aku mengucapkan "terima kasih" atas kesusahan yang ku alami ini.....


Hari ni aku CRK - (Cuti Rehat Khas)

Monday, June 8, 2009

Wali

Hari ini aku melaksanakan tanggungjawab arwah abang iaitu Abe Nawi
kerana menjadi wali bagi perkhawinan anak arwah.






Gambar terakhir beliau yang diambil pada hari kenduri perkhawinan anak perempuan kedua beliau iaitu Roslina

Kak Moh bersama anak perempuannya Rosmaini
bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai suami...

debaran menunggu akad nikah dari Tok Imam...

Sahhhhhhh.....semoga kalian berdua manjadi suami isteri yang soleh dan solehah

Sembah salam dari isteri yang setia dan solehah..

Anak saudaraku Rosmaini bt. Nawi. Beliau seorang guru yang kini bertugas di SMK di Sabah


majlis akad nikah di masjid Gucil 7 Kuala Krai...
Pengantin lelaki.. Mohd. Ridzuan

....bersama rakan dari Kuala Lumpur