Tuesday, April 28, 2009

Kubang Dakan

Nama Kubang Dakan yang aku pilih ni merupakan tempat tinggal aku sekarang ini. Walaupun kampung ini bukan merupakan tempat aku dilahirkan. Namun disini lah tempat aku mendirikan rumah dan tempat aku membesarkan anak-anakku. Ianya ku pilih kerana kerana namanya yang unik dan aku tidak pernah mendengarnya nama seumpamanya ini. Kubang Dakan merupakan nama satu kawasan baruh padi. Ianya merupakan tempat di mana penduduk di sini (Pekan Gunung) mencari ikan "sepila" iaitu sejenis ikan pelaga yang mempunyai tanda pada sebelah insangnya.



Aku sebenarnya dilahirkan di Kampung Kubang Badak iaitu sebuah kampung yang jaraknya lebih kurang 3 km dari bandar Pasir Mas. Aku Merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik yang seibu sebapa. Ayah ku Awang Ahmad bin Harun, beliau seorang petani yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal begitu juga dengan ibu @ "mek" aku. Mereka berdua adalah mangsa kepada pemikiran "kolot" orang-orang tua dahulu kala. Bagi mereka belajar adalah membazir jadi lebih baik tolong ibu bapa di rumah. Begitu juga dengan "mek" atau namanya Wan Mariam bt. Wan Mahmood. Bagi ibu bapanya pula "anak perempuan lebih baik dok kat dapu saja, belajar tinggi pun tak guna". Itulah pikiran-pikiran kolot orang dahulu...

1 comment:

  1. TAHNIAH, sahabatku!!! Akhirnya anda menjadi blogger 28 APRIL 2009! Semoga anda menjadi blogger yang berkarisma.

    ReplyDelete