Wednesday, October 12, 2011

Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-raja

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

NONE“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

majlis raja raja rulers council 300609 2Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.

Wednesday, June 1, 2011

KENAIKAN GAJI 2007 -GURU SISWAZAH TERTEKAN

KENAIKAN GAJI 2007 -GURU SISWAZAH TERTEKAN

Puan SU yang dihormati, rakan2 29/41 & 29/32/41,Seandainya NUTP mengatakan bahawa permasalahan berkenaan isu gaji ini adalah sangat rumit dan bercabang-cabang masalahnya, kemungkinan kerana setiap aduan dan luahan yang diterima itu banyak daripada setiap individu terlibat, maka saya ingin menarik semula perhatian kita semua agar kembali kepada punca masalah agar kita tetap berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah.


Saya hairan, bagaimana masalah hendak diselesaikan sekiranya kita tidak mengambilkira punca kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, punca kepada masalah jurang gaji ini ialah oleh kerana pelarasan gaji yang tidak seimbang pada 2007 tetapi penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan status 7+3 dan 1 HKG? Kenapa tidak mengembalikan semula 10% lagi yang TERKURANG dalam pelarasan gaji 2007 yang lepas. Oleh kerana itu saya beranggapan penyelesaian yang digunakan tidak merujuk kepada punca kepada masalah tersebut.Oleh sebab itu saya cadangkan beberapa soalan yang mungkin terlepas pandang yang boleh difikirkan oleh NUTP untuk menyelesaikan kemelut isu gaji ini seterusnya membuat keputusan yang mungkin boleh melegakan banyak pihak.1.

2. Bilakah masalah ketidakseimbangan gaji ini mula timbul? (SEJAK PELARASAN GAJI 2007)* Jadi rujuk balik pelarasan tersebut.

3. Adakah sebelum palarasan gaji dibuat, terdapat sebarang masalah yang serius seperti sekarang?(TIDAK SAMA SEKALI, KALAU ADAPUN KES TERPENCIL SAHAJA)* Terang lagi bersuluh puncanya.


4. Apakah masalahnya dalam pelarasan gaji tersebut?(25% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN SOKONGAN & 15% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN P&P)* Inilah puncanya secara spesifik.

4. Apakah kesannya?(a. GAJI KUMPULAN SOKONGAN MELEBIHI KUMPULAN P&P WALAUPUN SENIORITINYA SAMA ATAUPUN LEBIH JUNIOR DARI KUMPULAN P&P)(b. KENAIKAN TAHUNAN KUMPULAN SOKONGAN LEBIH TINGGI DARI KUMPULAN P&P)* Sungguh tidak adil & semberono.

5. Mengapa terjadi sebegitu?(a. HILANG SENIORITI & TIDAK MENDAPAT TIMEBASED 32)(b. PERBEZAAN 10% KENAIKAN)Saya cadangkan penyelesaian secara berperingkat: a. Memberikan 10% lagi kenaikan kepada kumpulan 29/32/41 berdasarkan gaji asas sebelum pelarasan 2007b. Memberikan timebased 32 kepada kumpulan 29/41 (Backdated) & 10% lagi kenaikan berdasarkan gaji asas selepas mendapat 32 sebelum 2007.c. Kenaikan gaji tahunan sama dengan kenaikan DG32 sekurang2nya.d. Memberikan 10% bayaran BISP sama seperti DG32 sebelum BISP dimansuhkan pada 2012.Semoga sedikit sebanyak membantu. Sekian. Harap maklum.

Saturday, March 26, 2011

Dah bunuh diri, tapi tak mati di KB Mall

Tarikh Kejadian: 24/2/2011 (Khamis)
Masa: 4.30 petang
Tempat: KB Mall Kota Bharu Kelantan
Sinopsis: Dikatakan cuba membunuh diri akibat putus cinta
Sebelum ini ada yang mengatakan beliau pernah meminum clorox. Pada hari kejadian beliau terselamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 meter tapi terjatuh pada tilam yang telah di alas lebih awal oleh orang ramai..mungkin tilam2 berkenaan telah dipunggah oleh orang ramai dari kedai Courts Mammoth kat depan KB Mall....
p/s: masih panjang umur tapi pendek akal...












Monday, April 5, 2010

Mayat Berjalan Pulang

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Sunday, March 21, 2010

Petua Kurangkan Berat Badan

  1. Senaman 3X sehari
  2. Ambil makanan sedikit
  3. Letakkan sudu dan garpu di pinggan setiap kali selepas suapan
  4. Kunyah makanan perlahan-lahan, ikut sunnah nabi S.A.W, kunyah 40 kali sebelum telan
  5. Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dahulu; tinggalkan ruang kecil untuk nasi. ini akan, menghadkan pengambilan kabohidrat.
  6. Tinggalkan meja makan sebaik saja selesai makan.
  7. Pastikan anda hanya makan apabila di meja makan.
  8. Elakan makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuat anda leka.
  9. Gunakan pinggan atau mangkuk kecil
  10. Makan sedikit tetapi kerap (jika lapar)
  11. Tidak makan berat di waktu malam
  12. Gantikan teh tarik atau kopi selepas makan dengan buah-buahan
  13. Makan buah sebelum makan nasi. kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyangkan dan khasiatnya dapat di serap lebih banyak.
  14. Keperluan makanan diikuti dengan keperluan senaman